Saturday, January 1, 2011

menuntut ilmu,,apakah niat kita sebenarnya ??

   Menuntut ilmu hukumnya adalah fardhu bagi umat Islam.Hal ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasullullah yang bermaksud 'Menuntut ilmu adalah fardhu bagi umat Islam'. Ya !! betul kata anda,semua orang belajar,semua orang bersekolah,jadi apa lagi masalahnya ??. Haha,,masalahnya yang ana ingin tekankan,persoalkan adalah NIAT. Betul atau tidak. Bukankah semua yang kita lakukan kita dahului dengan niat. Jadi apakah niat anda untuk menuntut ilmu ?? err ...

   Niat,,mungkin disinilah khilaf kita. Kita niatkan bahawa kita ingin menuntut ilmu kerana dipaksa oleh ibu-bapa, atau yang paling popular, Kerana ingin cemerlang dalam peperiksaan !!. Haa !! apakah ini benar ?? cuba kita fikirkan, kehidupan didunia adalah sementara,betul kan ? kemudian kita akan pergi kealam kubur, disana kita akan disoal berkenaan dengan amalan kita didunia termasuk soal ilmu. Cuba kita fikir logiknya, adakah yang maha Esa akan mempersoalkan kejayaan UPSR kita, atau pun kejayaan PMR,SPM atau berapakah bilangan A kita dlam peperiksaan tersebut, TIDAK !!. Tetapi yg ditanya adalah 'Bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita dapat?'

   Kegemilangan zaman itu terletak pada ketinggian ilmu bangsa nya, semakin pandai sesuatu bangsa, semakin majulah zaman itu. Haa !! sesungguhnya jika kita ikhlas dlam menuntut ilmu semata-mata hanya kerana Allah serta ingin menambahkan mahupun meluaskan ilmu yang sedia ada, Insya-Allah akan mudah kita memperolehi berkat dan rahmat-Nya. Sesuai dengan Imam As-Syafie' berkata 'Ilmu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap'

   Selain itu, 'Allah juga mengangkat darjat orang yang berilmu' seperti yang diterangkan didalam firman-Nya. Hal ini boleh dibuktikan dan dikuatkan lagi dengan sabda Nabi yang bermaksud 'Barangsiapa yang merintis jalan mencari Ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya keSyurga'.

   Jadi adakah niat anda untuk menuntut ilmu masih lagi kerana dipaksa atau kerana peperiksaan ??. Ubahlah !! kerana apabila segala-gala yang kita lakukan termasuk menuntut ilmu kerana Allah. Insya-Allah Allah pasti akan permudahkan. Tetapkan lah niat, kuatkan lah azam !!





  

No comments:

Post a Comment