Semangat ukhuwah dan bersatu hati amat dituntut dlam islam,sesuai dengan sabda Nabi yg bermaksud 'Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota badan,satu bahagian yg sakit maka yg lain turut merasakannya'..haa !! begitu skali yaa pntgnya persaudaraan..namun yg menjadi persoalannya adakah semangat ukhuwah n persaudaraan ini masih wujud didalam lautan manusia yg lemas dan buta dalam mengejar harta dan kedudukan ini?? err ...
Baik lah.kita cuba..lihat sekeliling kita..atau diri kita sendiri misalnya..sekiranya kita TERjumpa rakan lama kita yg dh lama x contact..adakah kita akn menegurnya atau paling tidak mengucapkan Assalamualaikum....80% berkata TAK !!..mengapa?? segan?? takut?? malu?? ahh ~..mengapa harus malu..teman sendiri..lg pula..niat kita hnya untuk menyambung kembali atau mengerat kan kembali semangat ukhuwah yg sedia ada...itu baru rakan lama kita..blom lagi guru kita..erk?..inilah dia..disini sahaja anda sudah terlepas 2 perkara>>1) gagal dlam mengerat kan ukhuwah,,2) gagal dlam mendapatkan ganjaran pahala member Salam !!...
Masya-Allah !! begitu mudah skali kita untuk mndapat ganjaran pahala dari-NYA..Sudahlah kita mndapat ganjaran pahala kerana mengeratkan lg ukhuwah,malah mendapat pahala kerana memberi salam.Terbuktilah bahawa Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang.
Kita renungkanlah kejayaan umat islam terdahulu yang dihormati serta disegani oleh semua kaum.Hal ini bukan hanya disebabkan kebijaksanaan mereka atau kerana satu pihak sahaja...tetapi kesatuan hati yang ditonjolkan dlam apa jua keadaan seiring dengan sabda Nabi 'Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'
Jadi,berbalik pada soalan ana tadi..'Apakah masih wujud semangat ukhuwah dikalangan kita?'..haa ~ jawapan bukan pada ana..tapi pada anda semua yaa~... =)

No comments:
Post a Comment