Saturday, January 1, 2011

menuntut ilmu,,apakah niat kita sebenarnya ??

   Menuntut ilmu hukumnya adalah fardhu bagi umat Islam.Hal ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasullullah yang bermaksud 'Menuntut ilmu adalah fardhu bagi umat Islam'. Ya !! betul kata anda,semua orang belajar,semua orang bersekolah,jadi apa lagi masalahnya ??. Haha,,masalahnya yang ana ingin tekankan,persoalkan adalah NIAT. Betul atau tidak. Bukankah semua yang kita lakukan kita dahului dengan niat. Jadi apakah niat anda untuk menuntut ilmu ?? err ...

   Niat,,mungkin disinilah khilaf kita. Kita niatkan bahawa kita ingin menuntut ilmu kerana dipaksa oleh ibu-bapa, atau yang paling popular, Kerana ingin cemerlang dalam peperiksaan !!. Haa !! apakah ini benar ?? cuba kita fikirkan, kehidupan didunia adalah sementara,betul kan ? kemudian kita akan pergi kealam kubur, disana kita akan disoal berkenaan dengan amalan kita didunia termasuk soal ilmu. Cuba kita fikir logiknya, adakah yang maha Esa akan mempersoalkan kejayaan UPSR kita, atau pun kejayaan PMR,SPM atau berapakah bilangan A kita dlam peperiksaan tersebut, TIDAK !!. Tetapi yg ditanya adalah 'Bagaimana kita memanfaatkan ilmu yang kita dapat?'

   Kegemilangan zaman itu terletak pada ketinggian ilmu bangsa nya, semakin pandai sesuatu bangsa, semakin majulah zaman itu. Haa !! sesungguhnya jika kita ikhlas dlam menuntut ilmu semata-mata hanya kerana Allah serta ingin menambahkan mahupun meluaskan ilmu yang sedia ada, Insya-Allah akan mudah kita memperolehi berkat dan rahmat-Nya. Sesuai dengan Imam As-Syafie' berkata 'Ilmu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap'

   Selain itu, 'Allah juga mengangkat darjat orang yang berilmu' seperti yang diterangkan didalam firman-Nya. Hal ini boleh dibuktikan dan dikuatkan lagi dengan sabda Nabi yang bermaksud 'Barangsiapa yang merintis jalan mencari Ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya keSyurga'.

   Jadi adakah niat anda untuk menuntut ilmu masih lagi kerana dipaksa atau kerana peperiksaan ??. Ubahlah !! kerana apabila segala-gala yang kita lakukan termasuk menuntut ilmu kerana Allah. Insya-Allah Allah pasti akan permudahkan. Tetapkan lah niat, kuatkan lah azam !!





  

Friday, December 31, 2010

semangat ukhuwah,,wujud kew??

    Semangat ukhuwah dan bersatu hati amat dituntut dlam islam,sesuai dengan sabda Nabi yg bermaksud 'Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota badan,satu bahagian yg sakit maka yg lain turut merasakannya'..haa !! begitu skali yaa pntgnya persaudaraan..namun yg menjadi persoalannya adakah semangat ukhuwah n persaudaraan ini masih wujud didalam lautan manusia yg lemas dan buta dalam mengejar harta dan kedudukan ini?? err ...

    Baik lah.kita cuba..lihat sekeliling kita..atau diri kita sendiri misalnya..sekiranya kita TERjumpa rakan lama kita yg dh lama x contact..adakah kita akn menegurnya atau paling tidak mengucapkan Assalamualaikum....80% berkata TAK !!..mengapa?? segan?? takut?? malu?? ahh ~..mengapa harus malu..teman sendiri..lg pula..niat kita hnya untuk menyambung kembali atau mengerat kan kembali semangat ukhuwah yg sedia ada...itu baru rakan lama kita..blom lagi guru kita..erk?..inilah dia..disini sahaja anda sudah terlepas 2 perkara>>1) gagal dlam mengerat kan ukhuwah,,2) gagal dlam mendapatkan ganjaran pahala member Salam !!...

     Masya-Allah !! begitu mudah skali kita untuk mndapat ganjaran pahala dari-NYA..Sudahlah kita mndapat ganjaran pahala kerana mengeratkan lg ukhuwah,malah mendapat pahala kerana memberi salam.Terbuktilah bahawa Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang.

   Kita renungkanlah kejayaan umat islam terdahulu yang dihormati serta disegani oleh semua kaum.Hal ini bukan hanya disebabkan kebijaksanaan mereka atau kerana satu pihak sahaja...tetapi kesatuan hati yang ditonjolkan dlam apa jua keadaan seiring dengan sabda Nabi 'Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'

    Jadi,berbalik pada soalan ana tadi..'Apakah masih wujud semangat ukhuwah dikalangan kita?'..haa ~ jawapan bukan pada ana..tapi pada anda semua yaa~...   =)




Thursday, December 30, 2010

beriman kepada kitab (Al-Quran)

    beriman kepada kitab merupakan rukun iman yg ke-3,,TETAPI sejauh manakah keimanan kita terhadap al-Quran??..sedangkan kita tlah ketahui bahawa al-Quran adlah petunjuk kpd org2 yg beriman n bertaqwa sesuai dgn firman-Nya yg bermaksud 'Kitab Al-Quran ini tak ada keraguan padanya.Petunjuk bg mereka yg bertaqwa, iaitu mereka yg beriman kpd yg ghaib,yg mendirikan solat,yg menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami anugerahkan kpd mereka.Dan mereka yg beriman kpd kitab (al-Quran) yg telah diturunkan kpdmu dan kitab2 yg tlah diturunkan sebelum mu,serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat *surah al-baqarah>2-4
 
     Tetapi walaupun Allah tlah menegaskan bahawa 'Al-Quran sebagai petunjuk bg manusia dan penjelasan mengenai petunjuk2 itu serta pembeza antara yg hak dan batil *surah al-baqarah>185,,masih ada yang berani mengatakan bahawa isi dan kandungan al-Quran ini sebagai ketinggalan zaman,kolot n sebagainya.Ini jelas menunjukkan bahawa sifat 'manusia yg memang sentiasa membantah' *surah an-nahl>4 serta 'bersifat bodoh n zalim' *surah al-ahzab>72.Sesungguhnya Allah tidak akan memberi sebarang petunjuk kepada mereka yg bodoh lg zalim seperti yg dinyatakan dlam surah al-shaf>7

     Namun tidak kurang juga ada segelintir manusia yang menyalahgunakan al-Quran bkan untuk dibaca atau dihayati jauh sekali untuk diamalkan atau dijadukan panduan hidup tetapi untuk dijadikan tangkal atau azimat,,digunakan atas nama al-Quran untuk melakukan sumpahan serta ada juga yang hanya membiarkan kitab itu terletak ditempat tinggi serta hanya dibelek pada satu masa tertentu pada musim bulan puasa contohnya.

     Tidakkah anda takut anda tidak akn mendapat petunjuk dari-Nya,,sedangkan kita tahu betapa bnyknya pahala yg bakal kita dapat apabila kita mengamalkannya..post ini ana tulis bkan untuk renungan untuk para pembaca sahaja..tetapi untuk diri ana juga,,ana akui ana tidak lah se-Alim mana tetapi sama-samalah kita ber-muhasabah diri.semoga kita dilimpahi rahmat-Nya.ap yg penting adalah ISTIQAMAH



http://www.all-quran.com/documents/saad_al_ghamdi.html

 

mukaddimah

Assalamualaikum w.b.t...

bg yg mengenali diri ana ini sudah tentunya mereka akn berfikir,,sekaligus berkata 'dh brape kali dye tukar blog niy??'...haha,ana mengakui ini dh kali ke (err,,x terhitung) ana tukar blog n isinya...tp insyaAllah ana akn cuba pastikan ini yg terakhir..insyaAllah !!

tujuan ana ingin menulis untuk blog ini adlh untuk menyampaikan buah fikiran n pendapat ana tntg pelbagai hal yg berlaku,,lebey kurang isu semasa lah..tetapi bkan lah secara padat n memerlukan kita untuk berfikir pnjg..cukuplah sekadar santai sahaja...

walaupun ana tahu,,yg membaca blog ana x lah seramai mane (atau mungkin xd lansung !!)..tp cukuplah ana rasa puas ana dpt berkongsi fikiran ana dilaman blogspot ini..^^ (syok sendiri barangkali yaa)

apa pun ana ucapkan selamat maju jaya kepada diri ana sendiri n selamat membaca kepada sesapa yg membaca yaa..semoga anda dapat sesuatu yg baik insyaAllah